Saturday 18 June 2011

Kartunis Miki serta pihak Utusan perlu meminta maaf secara terbuka


Kartun yang dikeluarkan Utusan boleh mengelirukan masyarakat Malaysia khususnya non muslim mengenai agama Islam

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir [PMRAM] , Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia [GAMIS], Persatuan Pelajar-pelajar Malaysia Syria [PPMS] & Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan [MPPMJ]  mewakili suara seluruh mahasiswa Malaysia yang berada di segenap dunia mendesak agar kartunis Miki serta pihak Utusan Malaysia meminta maaf secara terbuka atas penyiaran karikatur yang menghina serta mempersendakan hukum jenayah di dalam Islam.

Bahkan penyiaran tersebut telah mengguris hati seluruh masyarakat Islam Malaysia kerana agama Islam yang suci ini dikarutkan dengan karikatur yang tidak sepatutnya.

Penyiaran karikatur tersebut mengundang kekeliruan ke dalam masyarakat awam dengan senario kes yang dipampang.

Secara tidak langsung, menggambarkan hukum jenayah dalam Islam begitu kolot bahkan seakan-akan “kuno” dalam menjaga keselamatan manusia amnya.

Kesan buruk yang mungkin akan timbul adalah undang-undang berkaitan jenayah Islam akan diragui terutama yang melibatkan hudud.

Justeru, PMRAM, GAMIS, PPMS & MPPMJ memandang penyiaran karikatur ini bukan hanya boleh merosakkan akidah kartunis, pihak penyiaran surat khabar bahkan masyarakat awam yang tidak mengerti dengan mendalam akan selok belok agama Islam apatah lagi masyarakat non muslim akan memandang serong terhadap hukum jenayah di dalam Islam.

Sehubungan itu, PMRAM, GAMIS, PPMS & MPPMJ mempersoalkan kredebiliti Utusan Malaysia sebagai lidah rasmi kerajaan dalam isu penerangan.

PMRAM, GAMIS, PPMS & MPPMJ mengutuk kredebiliti Utusan Malaysia ekoran penyiaran karikatur tersebut. Bahkan sebelum ini pihak Utusan Malaysia juga menimbulkan kemarahan masyarakat dalam mempersoalkan agama rasmi Malaysia iaitu Islam apabila mendatang isu berkaitan “Kristian Agama Rasmi” sekiranya DAP memerintah negara Malaysia.

Jelas, pihak Utusan Malaysia sudah tidak berkredebiliti dalam menjalankan tugas dalam memberikan keterangan maklumat serta berita kepada msyarakat.

Justeru, PMRAM, GAMIS, PPMS & MPPMJ mendesak pihak yang selayaknya memberikan tindakan yang sewajarnya kepada pihak Utusan Malaysia serta ‘rebranding’ semula struktur jawatankuasa yang terdapat di dalam pihak Utusan Malaysia sebelum surat khabar Utusan Malaysia ‘didenda’ oleh rakyat.

Secara jelas dalam isu karikatur ini, 3 kesalahan yang dipandang oleh PMRAM, GAMIS, PPMS & MPPMJ :
- karikatur menghina hukum Islam
- penyiaran karikatur mengelirukan masyarakat awam
- imej buruk kredebiliti pihak Utusan sebagai media penerangan
Justeru, 3 tuntutan yang diletakkan oleh PMRAM, GAMIS, PPMS & MPPMJ iaitu :
- kartunis serta pihak Utusan minta maaf secara terbuka
- kartunis serta pihak Utusan bertaubat serta berjanji secara umum tidak akan melakukan perkara yang menyentuh sensitiviti agama
- Surat khabar Utusan Malaysia mesti dikenakan tindakan bagi memulihkan semula kredebiliti pihak Utusan

Muhamad Zuhaili bin Saiman
Presiden PMRAM
Ahmad Syazwan bin Muhammad Hassan
Presiden GAMIS
Muhammad Hazuanuddin bin Sofuan
Presiden PPMS
Mohammad Hussin Bin Mohd Fauzi
Presiden MPPMJ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom sebarkan blog Anak Muda Sayang Malaysia

Comments :

0 comments to “Kartunis Miki serta pihak Utusan perlu meminta maaf secara terbuka”

Post a Comment

GALLERY

+ (Anak muda sayangkan Malaysia)
+ (Jangan pernah diam wahai anak muda)
 

Copyright © 2011 by Anak Muda Sayang Malaysia, Design, Anak Muda