Showing posts with label Semasa. Show all posts
Showing posts with label Semasa. Show all posts

Sunday, 19 June 2011

9 Julai 2011 jadi tarikh keramat

1

Tarikh 9 Julai 2011 mungkin akan menjadi tarikh keramat. Tarikh di mana rakyat Malaysia berpesta meraikan demokrasi dan merayakan hak mereka di bawah Perlembagaan.

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) telah menyatakan hasrat mereka untuk membuat perarakan di ibu kota pada 9 julai ini. Tidak ketinggalan UMNO juga mengumumkan bahawa mereka bercadang untuk membuat perarakan pada hari yang sama untuk ‘memperkukuhkan sistem demokrasi yang ada dan turut serta Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia(Perkasa) yang di katakan akan membawa gelombang berlawanan iaitu ‘anti BERSIH’.

Ada beberapa persoalan yang timbul di sini? Pertama siapa yang ingin memulakan kekecohan? Bagi saya pihak BERSIH sendiri sudah berjanji akan lakukan perhimpunan secara aman. Kenapa ada pihak yang mesti pilih masa yang sama iaitu 9 julai untuk berhimpun bagi memperkukuhkan system demokrasi ataupun anti kepada BERSIH bermakna tidak setuju dengan tuntutan yang di sepakati oleh rakyat. Jika Perkasa benar-benar bencikan himpunan seperti ini atau mengangap ianya tidak wajar, kenapa pula Perkasa tidak lancarkan ‘anti UMNO’, sebab UMNO juga di khabarkan akan turut serta dalam himpunan aman tersebut dan kenapa pula mereka iaitu Perkasa juga ingin berhimpun?

Saya menghormati dan mendukung hak mana-mana pihak yang ingin berarak untuk berhimpun dengan aman, selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa semua rakyat Malaysia mempunyai hak untuk berhimpun dengan aman dan tanpa senjata. Ini selaras dengan Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) yang memperuntukkan bahawa setiap orang mempunyai hak untuk berhimpun dengan aman dan untuk berpersatuan.

Hak untuk berhimpun dengan aman adalah hak asasi yang dijamin Perlembagaan dan juga merupakan suatu kebebasan politik dan sivil. BERSIH 2.0, UMNO mahupun Perkasa, mereka mempunyai hak yang sama rata untuk berhimpun dengan aman. Cuma yang menjadi persoalan kenapa ada pihak yang sengaja ingin menimbulkan kekecohan. Adakah sengaja ingin mencari sebab untuk menangkap rakyat yang sertai BERSIH 2.0?

Umno mahupun Perkasa yakin bahawa bukan puluhan ribu rakyat akan turun berhimpun, tetapi ratusan ribu akan turun sertai BERSIH 2.0, oleh sebab itu berbagai usaha yang di lakukan untuk menakutkan rakyat dengan ugutan dan sebagainya. Perlu diingat seseorang itu mempunyai hak untuk mendesak permansuhan Akta Dalam Negeri (ISA), menyeru kebebasan badan kehakiman atau membantah ketidakadilan adalam sistem pilihan raya.

Pihak polis sepatutnya memainkan peranan yang sepatutnya. Tidak perlu membazirkan masa dan wang ringgit untuk menghalang perhimpunan yang akan berlaku. Tidak ada gunanya mengenakan sekatan jalan raya, menahan orang yang berbaju warna kuning dan mungkin memudahkan perjalanan orang berbaju merah sebagai contoh. Pesta demokrasi tidak wajar dihalang. Peranan polis seharusnya memudahkan demonstrasi yang akan diadakan. Tidak perlu menembak cecair ataupun gas pemedih mata, kerana tindakan itu yang memulakan kekecohan. Tunggu dan lihat, pastikan semuanya aman, itu yang terbaik. Baik sepertimana yang dilakonkan dalam Gerak Khas.

Saya cukup yakin anak muda pasti akan turut bersama dengan rakyat, bagi saya anak muda mahupun rakyat bukan penakut yang hanya sembunyi di dalam rumah kerana bimbang dengan ugutan di tangkap dan sebagainya. Saya bersetuju dengan kenyataan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, katanya “ Najib nak batal BERSIH, boleh. Kalau esok kerajaan ambil keputusan jamin akan adakan pilihan raya bebas dan adil termasuk bersihkan senarai daftar pengundi, saya akan arahkan Ambiga untuk batalkan”. Saya kira kenyataan ini cukup jelas tiada agenda tersembunyi sepertimana Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liong Tiong Lai nyatakan bahawa himpunan aman ini merupakan taktik kotor pihak pembangkang membangkitkan emosi rakyat supaya membenci kerajaan.

Sepatutnya UMNO, MCA dan Perkasa mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bukan bersumpah tetapi supaya berjanji untuk mengadakan Pilihan Raya Umum yang akan datang secara telus, bersih dan adil. Itu jalan yang terbaik bukannya turun menentang himpunan rakyat yang hanya akan menimbulkan kekecohan.

MOHD YUSOF HADHARI B. SAIDON -UTMKL
KETUA PENERANGAN GAMIS PUSAT

Blog beliau boleh dilawati melalui : 
SeutasTasbih Blog

READ MORE >>

Saturday, 18 June 2011

Kartunis Miki serta pihak Utusan perlu meminta maaf secara terbuka

0

Kartun yang dikeluarkan Utusan boleh mengelirukan masyarakat Malaysia khususnya non muslim mengenai agama Islam

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir [PMRAM] , Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia [GAMIS], Persatuan Pelajar-pelajar Malaysia Syria [PPMS] & Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan [MPPMJ]  mewakili suara seluruh mahasiswa Malaysia yang berada di segenap dunia mendesak agar kartunis Miki serta pihak Utusan Malaysia meminta maaf secara terbuka atas penyiaran karikatur yang menghina serta mempersendakan hukum jenayah di dalam Islam.

Bahkan penyiaran tersebut telah mengguris hati seluruh masyarakat Islam Malaysia kerana agama Islam yang suci ini dikarutkan dengan karikatur yang tidak sepatutnya.

Penyiaran karikatur tersebut mengundang kekeliruan ke dalam masyarakat awam dengan senario kes yang dipampang.

Secara tidak langsung, menggambarkan hukum jenayah dalam Islam begitu kolot bahkan seakan-akan “kuno” dalam menjaga keselamatan manusia amnya.

Kesan buruk yang mungkin akan timbul adalah undang-undang berkaitan jenayah Islam akan diragui terutama yang melibatkan hudud.

Justeru, PMRAM, GAMIS, PPMS & MPPMJ memandang penyiaran karikatur ini bukan hanya boleh merosakkan akidah kartunis, pihak penyiaran surat khabar bahkan masyarakat awam yang tidak mengerti dengan mendalam akan selok belok agama Islam apatah lagi masyarakat non muslim akan memandang serong terhadap hukum jenayah di dalam Islam.

Sehubungan itu, PMRAM, GAMIS, PPMS & MPPMJ mempersoalkan kredebiliti Utusan Malaysia sebagai lidah rasmi kerajaan dalam isu penerangan.

PMRAM, GAMIS, PPMS & MPPMJ mengutuk kredebiliti Utusan Malaysia ekoran penyiaran karikatur tersebut. Bahkan sebelum ini pihak Utusan Malaysia juga menimbulkan kemarahan masyarakat dalam mempersoalkan agama rasmi Malaysia iaitu Islam apabila mendatang isu berkaitan “Kristian Agama Rasmi” sekiranya DAP memerintah negara Malaysia.

Jelas, pihak Utusan Malaysia sudah tidak berkredebiliti dalam menjalankan tugas dalam memberikan keterangan maklumat serta berita kepada msyarakat.

Justeru, PMRAM, GAMIS, PPMS & MPPMJ mendesak pihak yang selayaknya memberikan tindakan yang sewajarnya kepada pihak Utusan Malaysia serta ‘rebranding’ semula struktur jawatankuasa yang terdapat di dalam pihak Utusan Malaysia sebelum surat khabar Utusan Malaysia ‘didenda’ oleh rakyat.

Secara jelas dalam isu karikatur ini, 3 kesalahan yang dipandang oleh PMRAM, GAMIS, PPMS & MPPMJ :
- karikatur menghina hukum Islam
- penyiaran karikatur mengelirukan masyarakat awam
- imej buruk kredebiliti pihak Utusan sebagai media penerangan
Justeru, 3 tuntutan yang diletakkan oleh PMRAM, GAMIS, PPMS & MPPMJ iaitu :
- kartunis serta pihak Utusan minta maaf secara terbuka
- kartunis serta pihak Utusan bertaubat serta berjanji secara umum tidak akan melakukan perkara yang menyentuh sensitiviti agama
- Surat khabar Utusan Malaysia mesti dikenakan tindakan bagi memulihkan semula kredebiliti pihak Utusan

Muhamad Zuhaili bin Saiman
Presiden PMRAM
Ahmad Syazwan bin Muhammad Hassan
Presiden GAMIS
Muhammad Hazuanuddin bin Sofuan
Presiden PPMS
Mohammad Hussin Bin Mohd Fauzi
Presiden MPPMJ

READ MORE >>

SPR Perlu Hormati Hak Berhimpun Rakyat

0

SHAH ALAM 18 JUN : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu berlapang dada dan tidak terus menutup pintu rundingan dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) dalam usaha memperbaiki sistem pilihan raya di negara ini.

Ketua Penerangan Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis), Mohd Yusof Hadhari Saidon berkata, SPR harus jelas himpunan BERSIH 2.0 diadakan bukan untuk kepentingan parti politik tetapi untuk rakyat, yang cintakan keluhuran sistem pilihan raya.

Malah Mohd Yusof berkata, himpunan BERSIH 2.0 terpaksa diadakan setelah SPR dan kerajaan pemerintah gagal meneliti empat tuntutan BERSIH kali pertama pada tahun 2007 yang lalu.

Antara empat tuntutan itu ialah penggunaan dakwat kekal, penyemakan semula daftar pemilih, pemansuhan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi lain di luar negara serta akses media yang adil kepada semua pihak.

Sehubungan itulah, himpunan BERSIH 2.0 terpaksa diadakan menjelang pilihan raya umum ke- 13 kelak. Sempena himpunan kali kedua itu, dua lagi tuntutan ditambah yakni, bantahan penyalahgunaan institusi kerajaan dan lanjutan tempoh masa berkempen yang munasabah.

Akhbar Sinar Harian hari ini melaporkan Pengerusi SPR, Tan Sri ABdul Aziz Yusof menegaskan pihaknya akan menutup pintu rundingan kepada penganjur BERSIH 2.0 berikutan pihaknya telah memberi ruang itu sebelum ini. Abdul Aziz juga berkata pihaknya telah melakukan beberapa perubahan kearah pilihan raya yang lebih baik.

Bagaimanapun Mohd Yusof ketika dihubungi Tv Selangor berkata, sehingga kini tiada apa- apa perubahan yang dilakukan SPR dan salahlaku pilihan raya terus berleluasa.

“Sebelum inipun terdapat tuntutan yang dibuat oleh Bersih tetapi banyak yang tidak dilaksanakan. Yang jadi persoalan sekarang ini tuntutan yang lepas itu belum dilaksanakan sebab itu bagi saya tuntutan itu akan dibuat sekali lagi untuk desak SPR ini supaya serius dengan pandangan daripada masyarakat atau rakyat.

Mohd Yusof juga membidas kenyataan Abdul Aziz yang mengutuk himpunan aman itu dan angkuh berkata, refrendum rakyat untuk kali kedua pada 9 Julai ini tidak akan sesekali mengubah dasar dan sistem pilihan raya yang sedia ada.

“Demonstrasi satu cara yang saya rasakan perhimpunan yang mengumpulkan masyarakat dalam masa yang sama untuk kita nyatakan satu pandangan atau satu kenyataan utuk kita perbetulkan atau kita perbaiki sistem kerajaan yang ada iaitu seperti SPR dan sebagainya,” katanya.

READ MORE >>

GALLERY

+ (Anak muda sayangkan Malaysia)
+ (Jangan pernah diam wahai anak muda)

Jom Anak Muda

+ (Anak Muda Turun BERSIH 2.0)
 

Copyright © 2011 by Anak Muda Sayang Malaysia, Design, Anak Muda