Saturday 14 May 2011

Masih Lenakah Tidurmu di Belakang Bicara Anak Muda Itu


Kisah lalat masuk telinga yang menyebabkan kematian Taghut bernama Namrud itu tidak dapat dipastikan kesahihannya.

Tiada di dalam al-Quran.

Tiada di dalam hadith yang sahih.

Tetapi matinya manusia-manusia besar oleh sebab-sebab yang kecil, ia disaksikan oleh sejarah sepanjang zaman.


Ada manusia mati digigit nyamuk.

Ada maharaja tumbang oleh sebab yang tidak disangka-sangka.

Dan tiap-tiap kisah dari berita Rasul-rasul itu, Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad), untuk menguatkan hatimu dengannya. Dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang-orang yang beriman. [Surah Hud 11: 120]

Kisah Musa ‘alayhi al-Salaam menentang Firaun adalah amaran Allah kepada Taghut, bahawa penumbangnya mungkin membesar di dalam istana beliau sendiri. Mentor ditumbangkan Mentee, Ayahanda ditumbangkan Anakanda, Perdana ditumbangkan Timbalannya.

Manakala kisah Ashaab al-Ukhdood pula, menjadi amaran Allah kepada Taghut, bahawa penumbangnya mungkin bukan orang besar-besar, namun hanya seorang anak muda dari jalanan. Ghulam yang tidak punya nama, namun kematiannya meruntuhkan empayar angkuh pemerintah yang zalim.

Menyesallah sekalian masyarakat yang memperlekehkan Ibrahim alayhi al-Salaam, semata-mata kerana beliau itu HANYA seorang anak muda.

 
“(Setengah daripada) mereka berkata: “Kami ada mendengar seorang anak muda bernama Ibrahim, mencacinya (berhala)“ [Al-Anbiya’ 21: 60]

Anak muda bukan sebarang anak muda.

Anak muda ada sesetengahnya benar-benar menggoncang dunia.

ANAK MUDA DARI JALANAN
Justeru wahai sekalian Taghut,

Selepas Taghut Tunisia Zine El Abidine Ben Ali tumbang akibat kematian ngeri anak muda yang dihina di jalanan, bernama Mohamed Bouazizi,

Selepas Taghut Mesir Muhammad Hosni Sayyid Mubarak tumbang akibat pembunuhan ngeri anak muda yang dihina di jalanan, bernama Khaled Mohamed Saeed,

Masih lenakah tidur kamu di belakang kesempitan rakyatmu?

Anak-anak muda sedang berbicara di luar sana.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom sebarkan blog Anak Muda Sayang Malaysia

Comments :

0 comments to “Masih Lenakah Tidurmu di Belakang Bicara Anak Muda Itu”

Post a Comment

GALLERY

+ (Anak muda sayangkan Malaysia)
+ (Jangan pernah diam wahai anak muda)
 

Copyright © 2011 by Anak Muda Sayang Malaysia, Design, Anak Muda