Tuesday 19 April 2011

Letak Background Gambar Pada Blockquote

Assalamualaikum. Harap sahabat-sahabat semua sihat selalu ya. Teringat saya kepada satu surah dalam At Taubah ayat 71, Allah berfirman "Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang maruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat, dan mereka ta’at kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka akan diberi rahmat oleh Allah, sesungguhnya Allah Maha perkasa lagi Maha Bijaksana" 

Menurut Imam Said bin Jubair, "Jika seseorang tidak mahu mengajak kepada yang ma'ruf dan mencegah kemunkaran sehingga keadaan dirinya sempurna, maka tidak akan ada seorangpun yang akan mengajak kepada yang ma'ruf dan mencegah kemunkaran." Iman Malik mendukung pendapat Imam Said bin Jubair ini, dan beliau sendiri menambahkan, "Dan siapakah diantara kita yang lengkap dan sempurna?". Semoga kita digolongkan dalam kalangan orang-orang yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. InsyaAllah...untuk kali ini, tutorial ini akan menunjukkan pula bagaimana untuk meletakkan background bergambar bagi blockquote.

Contoh blockquote dengan background warna biasa
Letak Background Gambar Pada Blockquote

Contoh background dengan background bergambar
Letak Background Gambar Pada Blockquote
Letak Background Gambar Pada Blockquote
Letak Background Gambar Pada Blockquote


Kelebihan letak gambar sebagai background untuk blockquote adalah untuk menjadikan blockquote lebih cantik dan menarik. semestinya anda ingin berbeza berbanding hanya meletakkan background berwarna yang biasa bukan.:)

Untuk menukar kepada background bergambar, tutorialnya adalah mudah sahaja.

Cuma sebelum itu, anda hendaklah tahu gambar apa yang anda mahu letak sebagai background blockquote anda. Ini kerana pemilihan gambar bersaiz besar adalah kurang sesuai. Gambar yang paling sesuai untuk dijadikan background untuk adalah background blockquote adalah jenis seamless tile.

Anda boleh google untuk pelbagai jenis background jenis ini, selain itu disini ada 2 web yang nawarkan seamless tile background. Boleh pilih gambar yang dirasakan bersesuaian dengan warna tulisan pada blog anda.

Free Seamless Tiles 1
Free Seamless Tiles 2

Tutorial untuk menukar background blockquote ini adalah seperti berikut.

1. Login > dashboard > design > edit HTML

2. Backup template asal blog dengan download full template

3.Dengan menggunakan fungsi Find (ctrl + F), cari kod berikut
.post blockquote {


4. Kemudian di bawah kod tersebut, letakkan kod ini.
background-image:url(url gambar);

url gambar: tukarkan dengan url gambar yang anda hendak jadikan background. ( Tutorial url gambar : click here)

p/s: contoh kod adalah seperti berikut
Letak Background Gambar Pada Blockquote

5. Apabila selesai, save template dan lihat hasilnya.:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom sebarkan blog Anak Muda Sayang Malaysia

Comments :

0 comments to “Letak Background Gambar Pada Blockquote”

Post a Comment

GALLERY

+ (Anak muda sayangkan Malaysia)
+ (Jangan pernah diam wahai anak muda)
 

Copyright © 2011 by Anak Muda Sayang Malaysia, Design, Anak Muda