Tuesday 19 April 2011

Ubah Lebar Gambar Dalam Entri

Assalamualaikum sahabatku yang dikasihi Allah. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah telah menugaskan satu malaikat berhubung peringkat kejadian anak dalam kandungan rahim ibunya dan keadaan akan dilalui, apabila air benih itu jatuh ke dalam rahim, malaikat bertanya: “Ya Tuhanku! Air benih ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak? Ya Tuhanku! Darah seketul ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak? Ya Tuhanku! Daging segumpal ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak? Maka apabila Allah hendak sempurnakan jadinya seseorang anak, malaikat bertanya lagi: Ya Tuhanku! Adakah ia seorang (yang bernasib) celaka atau (yang bernasib) bahagia? Lelakikah atau perempuan? Bagaimana pula keadaan rezekinya dan ajalnya? (Selepas malaikat mendapat jawabnya) maka ia menulis seperti diperintahkan sedang anak itu dalam perut ibunya.” (Hadis Riwayat Anas r.a)

Sebagai seorang yang beragama Islam, kita wajib mempercayai dan bersyukur terhadap kurniaan Allah. Ini kerana beriman kepada qada dan qadar merupakan rukun iman yang ke-6 dan menyangkalnya boleh mengakibatkan terbatalnya iman kita.

Sesungguhnya takdir manusia telah ditentukan sedang ia masih di dalam kandungan ibunya. Namun ini bukan alasan untuk umat Islam hanya berpeluk tubuh tanpa berusaha dan berdoa. Sebaliknya umat Islam harus menggunakan alasan ini untuk lebih kuat berusaha dan berdoa dalam mengecapi kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Ada entri dalam blog yang memerlukan anda untuk meletakkan gambar sebesar yang mungkin bergantung kepada ruang yang ada. Sebelum ini tutorial sudah menunjukkan bagaimana untuk memaparkan saiz yang maksimum untuk gambar yang telah diupload.


Untuk kali ini, tutorial akan menunjukkan bagaimana untuk menguruskan saiz gambar yang telah diupload. Ini kerana apabila gambar terlalu besar, maka ianya akan melebihi ruang yang sepatutnya untuk entri.

Terdapat 2 cara untuk tutorial ini.

Cara 1:
Masukkan width="200" ke dalam kod gambar.

Contoh:
<img src="URL GAMBAR" width="500" >


Nilai 200 boleh ditukar bergantung kepada lebar ruangan entri anda. Kebiasaannya lebar entri bagi ssebuah blog antara 400 hingga 500. Jadi anda boleh cuba mana yang sesuai.

Contoh gambar dengan width 400




Cara 2:
Masukkan width="95%" ke dalam kod gambar.

Contoh:
<img src="IMG URL" width="95%" >


Cara kedua mengunakan peratus untuk menentukan saiz gambar. Kalau anda memasukkan 95%, maka gambar yang terhasil akan mengambil lebar 95% daripada lebar sebenar ruangan entri anda.


contoh width 95%



-------------

p/s: height jarang dipertimbangkan kerana width yang lebih penting.

Selamat Mencuba.:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom sebarkan blog Anak Muda Sayang Malaysia

Comments :

0 comments to “Ubah Lebar Gambar Dalam Entri”

Post a Comment

GALLERY

+ (Anak muda sayangkan Malaysia)
+ (Jangan pernah diam wahai anak muda)
 

Copyright © 2011 by Anak Muda Sayang Malaysia, Design, Anak Muda