Wednesday, 18 May 2011

Anak Muda sertai perarakan esok

KUALA LUMPUR: Satu perarakan bagi membantah projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) akan diadakan pada Jumaat 20 Mei 2011, jam 2 petang dari KLCC hingga ke kedutaan Australia dan akan menyerahkan memorandum kepada Pesuruhjaya Tinggi Australia.

Memetik kenyataan Ketua Penerangan Gamis Pusat: Mohd Yusof Hadhari di laman social facebook, “selepas tsunami di Fukushima, Jepun, bulan lalu, rakyat kini lebih menyedari bahayanya bahan radioaktif. Kita perlu buat desakan supaya projek loji nadir bumi yang dibina di Gebeng, Kuantan, dihentikan segera. Mahasiswa akan turun bersama rakyat Malaysia Jumaat ini bagi menyatakan bantahan terhadap rancangan yang memudaratkan keselamatan penduduk setempat terutamanya di bandar Kuantan”.

Dalam beberapa siri bantahan sebelum ini, aktivis anti-Lynas berjaya menganjurkan acara termasuk dalam bentuk simbolik menyalakan lilin dan persembahan di bandar Kuantan dan pantai Teluk Chempedak.

Sehingga kini, bantahan berkenaan projek tersebut diteruskan termasuk usul di Parlimen, namun kerajaan masih bersikap membisu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom sebarkan blog Anak Muda Sayang Malaysia

Comments :

0 comments to “Anak Muda sertai perarakan esok”

Post a Comment

GALLERY

+ (Anak muda sayangkan Malaysia)
+ (Jangan pernah diam wahai anak muda)
 

Copyright © 2011 by Anak Muda Sayang Malaysia, Design, Anak Muda