Tuesday 24 May 2011

Milan Akan Bertukar Menjadi Bandar Orang Islam - Amaran Berlusconi!


Calon Berlusconi dikalahkan oleh calon berhaluan kiri dalam perebutan menjadi Datuk Bandar di Milan. Ini merupakan satu amaran kepada Berlusconi bahawa era kejatuhannya semakin hampir. Kekalahan calon Berlusconi di Milan yang merupakan tapak bermulanya karier politik Berlusconi dan juga tempat kelahirannya mencetuskan kemarahannya.

Berlusconi dalam kempennya memberikan amaran kepada warga Milan seramai 13 juta orang itu bahawa Milan bakal bertukar menjadi bandar muslim jika calonnya kalah. Alasannya adalah calon berhaluan kiri berhasrat untuk memberikan hak mengundi pada ramai pendatang luar yang masuk ke Italy yang mana majoritinya adalah muslim. Terdapat seramai 1.3 juta orang islam di italy dan 200,000 daripanya adalah saudara baru.


Kekalahan calon Berlusconi juga mencetuskan kemarahan Northern League, sekutu rapat parti PdL (People of Freedom) yang amat kuat menentang penghijrahan orang arab ke Italy. Mereka pernah mendesak kerajaan menghalau para pekerja pembersihan yang majoritinya terdiri daripada orang arab muslim atas alasan ia mengancam keselamatan negara.

Orang macam Berlusconi ni memang sehaluan dengan Abu Lahab yang sesat lagi menyesatkan serta cintakan keseronoka dunia. Kesnya melanggan pelacur bawah umur masih dalam perbicaraan.

Eropah menyaksikan kebangkitan gelombang anti-islam sejak tahun-tahun kebelakangan ini. Banyak sudah usaha yang mereka buat untuk menghalang kebanjiran umat Islam di Eropah dengan menguatkuasakan berbagai undang-undang.

Kebanyakan orang arab dari belah Magrib memang ramai yang berhijrah ke Eropah bagi mencari makan. Kerajaan di negara mereka sendiri tidak dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyatnya membuatkan ramai pemuda lari ke Eropah.

Mengapa orang arab tak berhijrah ke negara Islam lain yang mampu menyediakan peluang pekerjaan pada mereka seperti negara Islam Malaysia ini. Sebagai negara Islam, elok sangat kita membantu orang-orang Islam, tak ke begitu ?

Berita asal di sini
Maklumat tambahan di sini
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom sebarkan blog Anak Muda Sayang Malaysia

Comments :

0 comments to “Milan Akan Bertukar Menjadi Bandar Orang Islam - Amaran Berlusconi!”

Post a Comment

GALLERY

+ (Anak muda sayangkan Malaysia)
+ (Jangan pernah diam wahai anak muda)
 

Copyright © 2011 by Anak Muda Sayang Malaysia, Design, Anak Muda