Tuesday 24 May 2011

Subsidi: Siapa yang Untung, Rakyat Atau Kroni


Subsidi adalah topik yang hangat di perkatakan sekarang baik dari pihak media mahu rakyat Malaysia. Seperti biasa akhbar utama akan memainkan isu ini untuk menyokong hasrat kerajaan untuk mengurangkannya. Mungkin perkataan subsidi kurang difahami oleh sesetengah rakyat biasa tetapi ia cukup sinonim dengan syarikat-syarikat besar yang diapungkan di Bursa Saham.

Seperti kata seorang yang bergelar orang kampung, 'Kerajaan pandai, kalau dia nak naik harga barang mereka akan naikkan harga minyak sahaja maka semua barangan lain akan naik'. Itu kata orang kampung yang tidak tahu membaca dan menulis tetapi prihatin terhadap isu semasa.

Sekarang para menteri cuba menerangkan kepada orang ramai bahawa pada tahun ini kerajaan terpaksa membayar subsidi sebanyak hampir RM 20 bilion berbanding RM 10 bilion pada tahun lepas. Kata-kata orang politik yang meminta simpati rakyat betapa beban kerajaan semakin bertambah kerana subsidi sudah menjadi candu kepada rakyat. Apakah benar apa yang dikatakan bahawa rakyat sudah ketagih subsidi atau mereka cuba melindungi para kroni-kroninya.

Mungkin rakyat tidak mengetahui bahawa subsidi untuk IPP atau Pengeluar Tenaga Bebas telah diberi subsidi sebanyak RM 22 bilion setahun dalam urus niaga berat sebelah dengan TNB. TNB terpaksa membeli tenaga yang dikeluarkan oleh IPP dengan harga yang tinggi walau pun tenaga yang dimiliki sendiri pun sudah berlebihan. Mahu tak mahu TNB terpaksa membayarnya apa keadaannya sekali pun.

Siapa pemilik saham besar dalam syarikat IPP tersebut jika bukan bilioner yang tersenarai orang-orang terkaya di Malaysia. Inilah sebenarnya orang yang telah menjadikan subsidi sebagai candu dengan dilindungi oleh pihak kerajaan dan yang menjadi mangsanya ialah rakyat. Petronas terpaksa memberi subsidi gas yang dibeli dengan harga mahal dan menjual dengan harga murah kepada syarikat milik bilioner-bilioner ini. Kesudahannya rakyat disalahkan kerana dikatakan terlalu bergantung pada kerajaan.


Dalam masa tiga tahun ini, rakyat terpaksa menanggung kos sara hidup sebanyak 33 peratus tetapi bagi kakitangan kerajaan, tiada langsung kenaikan gaji berlaku sejak sepuluh tahun lalu. Sudahlah bonus tahunan hanya RM 1000 dengan dua kali bayar berbanding dengan kakitangan swasta yang ada mendapat dua bulan gaji. Di manakah keadilan yang dilaung-laungkan oleh kerajaan kononnya rakyat didahulukan.

Sedarlah wahai anak muda, jika kebajikan anda sudah diabaikan dengan alasan mengurangkan ketagihan candu (subsidi), maka sudah tiba masanya untuk mereka direhatkan kerana mereka sudah tidak lagi pandai mengurus negara. Gunakan kuasa anda untuk menolak kerajaan yang korup dan hadapkan mereka semua ke muka pengadilan untuk mengembalikan harta yang telah mereka samun.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom sebarkan blog Anak Muda Sayang Malaysia

Comments :

0 comments to “Subsidi: Siapa yang Untung, Rakyat Atau Kroni”

Post a Comment

GALLERY

+ (Anak muda sayangkan Malaysia)
+ (Jangan pernah diam wahai anak muda)
 

Copyright © 2011 by Anak Muda Sayang Malaysia, Design, Anak Muda